fb fb fb fb fb

Japen Kelantan jalin kerjasama tingkat kesedaran risiko penipuan dalam talian

TUMPAT, 6 April- Bagi memberi kesedaran terhadap risiko penipuan dalam talian kepada masyarakat khususnya di Kelantan, pelbagai inisiatif dilakukan Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan.
 
Antaranya adalah jalinan kerjasama startegik bersama agensi kerajaan dan swasta bagi memberi penerangan khusus berkenaan jenayah siber itu.
 
Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, kerjasama strategik itu merupakan iktiar terakhir Kemeterian Komunikasi Digital (KKD) untuk menguar-uarkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penipuan dalam talian.
 
"Kita melaksanakan program penyelesaian isu semasa melalui dua kaedah, pertama komunikasi bersemuka dengan rakyat seperti mana hari ini.

"Kaedah yang kedua secara menggunakan media baharu, ada pelbagai platform yang boleh diguna pakai untuk menjelaskan isu semasa," katanya.

(Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor)

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Taklimat isu-isu semasa berkenaan Advokasi Penipuan Kewangan dan pengagihan bubur lambuk di Wakaf Bharu, di sini.
 
Tambah beliau, pihaknya akan terus melaksanakan program bagi memberi penerangan berkenaan isu semasa dalam dan luar negara.
 
Katanya lagi, Japen Kelantan akan melaksanakan 200 program tahun ini bagi memberi penerangan dan penjelasan termasuk berkaitan tiga R iaitu “Race”, “Religion”, “Royalty”.

Media Baharu