fb fb fb fb fb

Aidiladha: Kampung Melayu, Air Itam tumbangkan seekor unta, 17 lembu, lima kambing

 

GEORGE TOWN, 30 Jun- Seekor unta serta 17 ekor lembu termasuk seekor lembu sado dan lima ekor kambing menjadi pilihan ibadah korban anak kariah Kampung Melayu, Air Itam di Pulau Pinang.

Sambutan Aidiladha meriah di kampung tersebut dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat.

Paling mencuri tumpuan, seekor unta seberat lebih 600kg yang menjadi pilihan dalam ibadah korban anak kariah kampung tersebut.

Program diketuai Pengerusi Pertubuhan Hijrah Madani Malaysia, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Acara turut diserikan dengan kehadiran sekumpulan anggota polis menerusi program ‘Kepolisan Komuniti’ yang diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong.

Kesemua anggota polis terbabit menerima bantuan Bakul Rahmah sempena Aidiladha sebagai tanda pengorbanan atas jasa yang dsumbangkan kepada anggota masyarakat.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Mohd Sany Hamzan.



(Anggota polis menerima bantuan Bakul Rahmah)

Media Baharu