fb fb fb fb fb

Aidiladha: JPV Perlis keluarkan 791 Permit Sembelih Luar

KANGAR, 29 Jun- Sambutan Aidiladha di Perlis disambut meriah dengan pelaksanaan ibadah korban sama ada di masjid, surau atau kawasan komuniti setempat.

Ini setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis mengeluarkan 791 Permit Sembelih Luar (PSL) bagi penyembelihan lembu dan kerbau sepanjang Aidiladha kali.

Menurut ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling, antara lokasinya ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan melibatkan Masjid Al-Ariffin di Padang Katong dan Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kampung Guar Syed Alwi serta Surau Imam As Shafei, Taman Jali.

"Sebanyak tiga ekor lembu diserahkan Pusat Khidmat DUN Indera Kayangan untuk dikorban.

"Ia dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan pengurusan masjid dan surau bersama penduduk setempat.

"Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara semua terlibat, malah daging-daging korban diagihkan kepada golongan memerlukan dalam kalangan asnah dan fakir miskin sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi rezeki," katanya kepada pemberita di sini.


(Sebanyak tiga ekor lembu diserahkan Pusat Khidmat DUN Indera
Kayangan untuk dikorban)

Media Baharu