fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid terima memorandum tubuh SEGiM

(Ahmad Zahid (atas motor) memegang memorandum cadangan penubuhan
SEGiM di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Memorandum cadangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGiM) yang bertujuan bagi menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi gig di negara ini telah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di sini.

"NGO (badan bukan kerajaan) dan Kesatuan Sekerja telah membawa perkara ini kepada saya lebih awal, jadi hari ini mereka datang bukan sekadar untuk menghantar memorandum, tetapi mengucapkan terima kasih atas insiatif UMNO.

"UMNO akan memperjuangkan nasib pekerja gig di seluruh negara, insya-Allah," katanya di sini.

Dalam Ucapan Dasar Presiden semalam, Ahmad Zahid mengusulkan Penubuhan SEGIM perlu disegerakan memandangkan sektor ekonomi gig di negara ini semakin berkembang.

(Ahmad Zahid (baju biru) di WTC, Kuala Lumpur)

Media Baharu