fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan MB Johor petang ini

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 26 Ogos - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama-sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada petang ini.

Pertemuan dipercayai bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota termasuk kemungkinan nama calon yang akan bertanding kelak.

Ahmad Zahid tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini kira-kira pukul 4.25 petang tadi. 

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Pertemuan juga dijangka berlangsung dalam dua bahagian dengan pertemuan pertama melibatkan UMNO Johor termasuk ketua-ketua bahagian manakala sesi kedua melibatkan Kerajaan Perpaduan.

PRK DUN Mahkota dijadual akan diadakan pada 28 September dan proses penamaan calon pada 14 September.

Kekosongan kerusi DUN tersebut berikutan penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 hingga kini dan pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor (2015-2018).

Sebelum menjadi wakil rakyat DUN Mahkota, Allahyarham merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

TETITIA YUSOFF