fb fb fb fb fb

Ahmad Fahmi mulakan tugas Menteri Komunikasi Digital

PUTRAJAYA, 5 Disember- Menteri Komunikasi Digital baharu, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memulakan tugas rasminya di Putrajaya hari ini.

Beliau tiba pada pukul 12.15 tengahari selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet pertama dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah pagi.

Ahmad Fahmi kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, diiringi Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek serta disaksikan pihak pengurusan tertinggi jabatan dan agensi bawah Kementerian itu.


(Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
mengimbas kad perakam waktu, mulakan tugas rasmi)

Beliau yang pertama kali bertugas sebagai menteri, seterusnya memasuki pejabatnya di Kompleks Komunikasi Digital bagi Penyerahan Nota Serah Tugas dan menghadiri taklimat kementerian yang diadakan secara tertutup.

Turut Hadir, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

Ahmad Fahmi yang merupakan Ketua Penerangan PKR, dipilih sebagai Menteri Komunikasi Digital dalam kabinet perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diumumkan Perdana Menteri Jumaat lalu di Putrajaya.

Media Baharu