fb fb fb fb fb

Ahli UMNO, BN elak jadi 'lalang', mesti tetap pendirian

FOTO FB Zahid Hamidi

KIMANIS, 23 Jun- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kembali dominan di Sabah.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ahli UMNO dan BN terus memiliki semangat kebersamaan dalam perjuangan supaya parti menjadi lebih kuat.

Ahmad Zahid turut mahu setiap ahli parti terus setia dengan perjuangan dan mengelak daripada menjadi 'lalang'.

"Jangan pernah jadi lalang, (ahli parti) mesti memiliki pendirian, utamakan parti... soal tawaran itu kemudian, (sekarang) kita bina kekuatan," katanya.

Beliau bercakap demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kimanis di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA