fb fb fb fb fb

Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena ulang tahun ke-57 suruhanjaya itu, hari ini.

Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-57 agensi itu hari ini (1 Oktober,” menurut catatan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE