fb fb fb fb fb

Agong terima menghadap Ketua Pengarah LLM

Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Sazali Harun (kiri) di Istana Negara hari ini/FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenaan menerima menghadap Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun di Istana Negara.

Perkara itu dimaklumkan secara ringkas menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

Turut dimuat naik beberapa gambar baginda bersama Sazali Harun serta dua lagi warga LLM iaitu Sr Rozidah Mohd Kamaruddin dan Mohd Khairul Azman Hambali.

LLM merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.

SITI AISHAH MD ISA