fb fb fb fb fb

Agong terima menghadap Anwar untuk mesyuarat pra-Kabinet

(Foto FB Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Sesi mesyuarat pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula pada pukul 4.15 petang.

"Ia juga adalah sesi pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu," menurut kenyataan Istana Negara di Facebook rasmi.

Kenyataan itu memaklumkan, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan.

(Foto FB Istana Negara)

Media Baharu