KUALA LUMPUR, 25 September - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa.
"Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan", menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Isnin lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter menerusi penyasaran subsidi di bawah inisiatif BUDI95.