PAPAR, 25 September - 10 keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang dan Kampung Mook, Papar, menerima bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa Bencana (PEKA) daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Bantuan disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang turut menziarahi keluarga terlibat, menzahirkan simpati dan keprihatinan kerajaan.
Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat berada di lokasi sejak awal bencana bagi menyalurkan bantuan segera.
Selain bantuan tunai PEKA, YKN turut mengagihkan bakul makanan dan barangan keperluan asas kepada keluarga terjejas.
Orang ramai dan pihak swasta juga dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan, dengan layak menerima resit pengecualian cukai.