fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucap Selamat Menyambut Deepavali

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut catatan di poster berkenaan.

Media Baharu