fb fb fb fb fb

Ibu Dr Wan Azizah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi hari ini.

Menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, jenazah ibu mentuanya akan dijadualkan pada 11.30 pagi ini untuk solat jenazah di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.


(Foto FB Nurul Izzah Anwar)

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-Allah,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi sama berita sedih ini dalam catatan di Facebooknya.

" Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allahyarhamah Nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah," katanya.




 

Media Baharu