fb fb fb fb fb

3,700 Pegawai polis Negeri Sembilan ditugaskan sepanjang PRU15

(Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof membuat lawatan kerja rasmi
ke IPD Seremban pasa 20 Oktober lalu / Foto FB Polis Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 24 Oktober- Seramai 3,700 pegawai kanan dan rendah Negeri Sembilan akan bertugas di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan dengan lancar.


(Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof/ Foto FB Polis Negeri Sembilan)

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15 yang bakal berlangsung dan akan menggerakkan 3,700 anggota sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa yang sama, Ahmad Dzaffir berkata persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkataPDRM sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara.

Media Baharu