fb fb fb fb fb

Hampir RM35 juta untuk perkasa sektor pendidikan di Sabah

(FOTO HIASAN)

BANGI, 24 Oktober - Lebih 10 inisiatif dilaksana dengan peruntukan hampir RM35 juta demi memperkasa sektor pendidikan di Sabah.

Ini termasuk bantuan pendidikan dan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Setiausaha Tetap Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Sapdin Ibrahim berkata pihaknya prihatin terhadap beban kos pendidikan yang ditanggung rakyat Sabah terutama golongan kurang berkemampuan.

(Setiausaha Tetap Kementerian Tugas-Tugas Khas & Penyelarasan Sabah, Sapdin Ibrahim)

"Kita memberikan semua informasi-informasi berhubung hala tuju negeri dan juga bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memperkasakan bantuan pendidikan kepada pelajar.

"Dari semasa ke semasa, pada tahun hadapan peruntukan akan ditambah lagi lebih kurang RM10 juta untuk menyalurkan lebih banyak tajaan dan bantuan yang akan kami sediakan," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ramah Mesra Bersama Mahasiswa Sabah, di sini.

Tambah Sapdin, kementeriannya mengalu-alukan pelajar yang berasal dari Sabah untuk memohon tajaan dan bantuan pendidikan menerusi laman sesawang kementerian.

Media Baharu