fb fb fb fb fb

45 penduduk terjejas banjir di daerah Lipis masih ditempatkan di PPS

PAHANG, 24 Oktober- Perkembangan banjir di Pahang, seramai 45 penduduk terjejas banjir di daerah Lipis dan Raub masih ditempatkan di 3 buah Pusat Pemindahan Sementara (PSS), setakat pukul 11 pagi tadi.


(Sekolah Kebangsaan Lubon Kulit antara PPS untuk penduduk terjejas banjir)

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, di daerah Lipis, seramai 23 penduduk daripada 10 buah keluarga masih ditempatkan di dua PPS yang di buka di daerah itu.

Jumlah itu melibatkan 16 penduduk di SK Lubuk Kulit dan 7 penduduk di Masjid Kampung Beletik.

Bagaimana pun katanya, kesemua mereka dijangka akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini, berikutan keadaan banjir yang surut sepenuhnya di kawasan terbabit.

Sementara itu, seramai 22 penduduk melibatkan enam keluarga terjejas dari Kampung Ulu Atok, Raub, masih ditempatkan PPS SK Ulu Atok

Media Baharu