fb fb fb fb fb

4 daerah di Kedah terjejas air, pulih berperingkat

KEDAH, 24 Oktober- Bekalan air di empat daerah di Kedah yang terjejas sejak semalam, pulih secara berperingkat hari ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) yang terkesan akibat kadar kekeruhan air mentah yang tinggi mulai beroperasi pagi tadi.

Menurut kenyataan Syarikat Air Darul Aman (SADA) setakat jam 8 pagi tadi tahap peratusan loji yang beroperasi di LRA Pelubang telah mencapai tahap 100 peratus dan LRA Bukit Pinang sebanyak 70 peratus.


(Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang terletak di Jalan  Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar)

SADA memaklumkan tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air yang terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekana air pada sistem agihan bekalan air.

Semalam 124,807 akuan pengguna di empat daerah itu mengalami gangguan bekalan air sejak pukul 6.35 pagi disebabkan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi.

Kadar kekeruhan air mentah kembali normal dan agihan semula bekalan air selesai dan tahap paras air di LRA Pelubang dan LRA Bukit Pinang kapasiti 100 peratus.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA dalam kenyataan memaklumkan operasi pelepasan air daripada empangan MADA telah dilakukan sehingga pukul 4 petang semalam.

MADA telah membuka pintu Pelubang Barrage dan Struktur Kawalan Ampang Jajar serta juga membuka keseluruhan lapan pintu air untuk mengawal kualiti air saliran dan paras di Sungai Kedah dan Sungai Pendang .

Media Baharu