fb fb fb fb fb

Pembubaran parlimen tidak jejaskan kemeriahan Deepavali - PM

SHAH ALAM, 24 Oktober- Pembubaran Parlimen jelas tidak menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali seperti yang ditularkan.

Ia terbukti apabila Keluarga Malaysia meraikannya dengan penuh keharmonian meskipun disebalik kehangatan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perayaan kali ini akan mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan semangat keharmonian sesama Keluarga Malaysia.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke kediaman Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran untuk perayaan Deepavali di sini)

"Apa yang kita lihat ialah pembubaran parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan Deepavali, malah lebih meriah lagi, jadi saya sekali lagi mengucapkan Deepavali Valtukall," katanya.

Beliau berharap perayaan Deepavali kali ini akan memberi kegembiraan dan keceriaan bagi masyarakat India dan seluruh Keluarga Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri ditemui pemberita ketika hadir ke kediaman Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran bagi memeriahkan perayaan Deepavali.

Hadir sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Pada Sabtu, Datuk Seri Ismail Sabri turut hadir ke Bazaar Deepavali Brickfields dan bagi meninjau kemeriahan Keluarga Malaysia membuat persiapan menyambut Deepavali dan berbelanja kelengkapan bersempena Pesta Cahaya.

Media Baharu