fb fb fb fb fb

Deepavali disambut sederhana tetapi meriah di Perlis

KANGAR, 24 Oktober- Perayaan Deepavali yang diraikan penganut beragama Hindu khususnya di Perlis dalam keadaaan sederhana tetapi meriah.

Sambutan penuh bermakna dengan keluarga, saudara mara dan sahabat tersayang yang dapat berkumpul bersama dengan mengayakan busana tradisi berwarna-warni.


(Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya bersama dalam perayaan Deepavali di sini)

Bagi Sheetha yang menetap di Kampung Kota, Kangar, sambutan tahun ini cukup meriah kerana dapat sambut bersama jiran-jiran berbilang bangsa dan agama dalam semangat perpaduan.

Manakala bagi anaknya M. Mayuran, saat paling bermakna ketika Deepavali adalah berkumpul bersama adik beradik dan ziarah rakan-rakan yang turut menyambut Deepavali.

Beliau ditemui RTM ketika meninjau sambutan Deepavali di sekitar Kangar dimana Pengerusi PR1MA yang juga Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan dan wang tunai kepada lima keluarga yang menyambut Deepavali di Kampung Kota,Kangar

Media Baharu