fb fb fb fb fb

MAIJ peruntuk RM1 juta bantuan menjelang musim tengkujuh

JOHOR BAHRU, 24 Oktober- Majlis Agama Islam Johor, (MAIJ) secara asasnya memperuntukkan RM1 juta sebagai bantuan kepada penduduk jika berdepan banjir di negeri itu nanti.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bantuan itu diberikan, sebelum, semasa dan selepas banjir.


(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)

Setakat ini, bantuan RM20,000 sudah disalurkan ke 10 daerah negeri Johor.

Pemberian bantuan itu nanti mengikut kadar kerosakan dan keperluan setiap isi rumah.

Selain dikhususkan kepada keperluan keluarga, MAIJ juga sedia menawarkan bantuan bagi membaik pulih rumah-rumah, pembayaran rumah sewa dan pusat tahfiz yang terjejas banjir.

Menurut Exco Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, negeri Johor sangat bersedia persediaan banjir.

"Semua daerah pengerusi bencana pegawai daerah diberi taklimat dan bersedia 100 peratus Majlis Agama Islam Negeri Johor di bahagian bantuan kebajikan juga telah bersedia begitu juga sukarelawan kita ada dua briged iaitu aswaja dan ansar yang boleh digerakkan bila bila masa,"katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Husna, Desa Rahmat, Johor Bahru, Johor hari ini.

Bantuan itu akan diselaraskan di pejabat-pejabat daerah dengan segera.

Media Baharu