fb fb fb fb fb

PRU15: Dilarang guna masjid, surau, sekolah agama negeri untuk tujuan berkempen

JOHOR BAHRU, 24 Oktober- Semua calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum, PRU ke-15 di Johor dilarang menggunakan semua masjid, surau dan sekolah agama negeri itu bagi tujuan berkempen.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ketetapan setakat ini dikhususkan kepada Menteri Besar Johor dan beliau sendiri, dalam menyampaikan ucapan dasar negeri.


(Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid menghadiri Majlis Sambutan
Maulidur Rasul di Surau Al-Husna, Desa Rahmat,di sini)

Larangan itu turut dikuatkuasakan kepada ahli-ahli dewan undangan negeri sedia ada di Johor.

Bagaimanapun, penganjuran bagi program penyampaian bantuan dan pengimarahan masjid dibenarkan.

"Sesiapa yang kita lihat ada niat untuk melanggar itu pun tidak bagus dan saya akan pastikan pegawai-pegawai agama bergerak di seluruh daerah dan pegawai pegawai masjid surau kita di setiap masjid dan surau diberikan taklimat dan penegasan supaya benda ini jangan berlaku,"katanya.

Beliau turut mengingatkan calon-calon wanita sama ada beragama islam atau bukan Islam untuk menghormati tatacara pemakaian ke tempat Ibadat Islam dan Institusi-institusi Pengajian Islam.



Media Baharu