fb fb fb fb fb

TNB rangkul Anugerah Emas SSON Asia Impact Awards 2022

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - TNB Global Business Solutions (TGBS) dinobatkan Pasukan Perkhidmatan Perkongsian Terbaik pada majlis Anugerah Perkhidmatan Perkongsian dan Rangkaian Penyumberan Luar (SSON) Asia Impact Awards 2022.

Syarikat tersebut meraih Anugerah Emas bagi kategori berkenaan, mengatasi 11 syarikat gergasi lain seperti Coca-Cola Japan Business Services, PepsiCo dan Otis Worldwide.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawainya, Ahmad Hushairi Ibrahim berkata anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada TNB selain mencerminkan dedikasi warganya dalam mendukung aspirasi sebagai pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan peringkat global.


(Ketua Pegawai TNB Global Business Solutions, Ahmad Hushairi Ibrahim)  

"Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi komitmen TNB terhadap agenda pembangunan mampan selari kepentingannya kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Anugerah industri tahunan peringkat global itu memberi pengiktirafan kepada perkhidmatan perniagaan dan syarikat yang memanfaatkan teknologi serta amalan terbaik dalam meningkatkan kecekapan operasi.

Media Baharu