fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa lemas tragedi kepala air

(FOTO FB ISTANA NEGARA)

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terangganu semalam.

Menerusi hantaran di laman facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut hari ini.

Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh," menurut hantaran itu.

Sepuluh mangsa tragedi itu ialah Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.


(FOTO POLIS)

Media Baharu