fb fb fb fb fb

18,760 OKU terima manfaat daripada PDK seluruh negara

(Datuk Seri Nancy Shukri menghadiri Persidangan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Seremban)

SEREMBAN, 3 Julai- Seramai 18,760 Orang Kurang Upaya (OKU) telah menerima manfaat daripada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, ia membabitkan 5,144 penyelaras dan petugas di 564 PPDK seluruh negara.

"Kalau kita lihat zaman ini dari segi standard perlu dipertingkatkan, ini merupakan usaha berterusan untuk kita mempunyai satu PDK yang begitu  sebab sekarang banyak peralatan untuk membantu dan juga pelatih supaya mereka boleh mencapai satu tahap yang lebih tinggi tahapnya.

“Kita yakin kewujudan PDK di seluruh negara ini akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih bersistematik, tersusun dan terancang dalam menjaga pemulihan, keselamatan dan pembangunan OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Persidangan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Seremban.


(Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)

Media Baharu