fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat hari raya Aidiladha kepada umat Islam

(FOTO FB ISTANA NEGARA)

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.


(Umat Islam sibuk melakukan persiapan terakhir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha
esok/Foto BERNAMA)

"Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua," titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram Istana Negara.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok. -BERNAMA

Media Baharu