fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 16 Jun-  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

"Saya juga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur. Bersama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan berterusan bagi negara yang tercinta ini," titah Seri Paduka Baginda.

SITI AISHAH MD ISA