fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci

SEPANG, 2 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekitar 1.10 tengah hari tadi.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat ke tanah suci pada 21 Jun lalu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan lancar. 

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah pada musim haji tahun ini.

(Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci)

Media Baharu