ALOR SETAR, 2 Julai- Polis telah mengenal pasti 20 kawasan panas yang akan diberi tumpuan dalam Pilihan Raya Dewan Negeri Kedah tidak lama lagi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata kawasan terbabit dikategorikan panas bagi memudahkan penumpuan dilakukan ketika penugasan.
"Penumpuan itu lebih kepada penugasan anggota dan bukannya dikaitkan dengan risiko kejadian tidak diingini," kata Fisol ketika menghadiri program ibadah korban di Surau Perumahan Polis di Taman Derga Jaya di sini.
Katanya jika ada keperluan, permohonan menambah bilangan anggota akan dikemukakan kepada Bukit Aman.
Enam ekor lembu dikorbankan dengan dagingnya diagihkan kepada asnaf dan masyarakat sekitar.
Sebelum ini dilaporkan jumlah pegawai dan anggota yang terlibat dalam Pilihan Raya Dewan Kedah ialah 4,794 orang.
(Datuk Fisol ketika menghadiri program ibadah korban di Surau Perumahan Polis di Taman
Derga Jaya)