fb fb fb fb fb

Pakej minat khas aktiviti korban ditawarkan semula

KLUANG, 2 Julai- Usaha menarik lagi pelancong domestik dan juga luar negara Tourism Malaysia Wilayah Selatan mengambil inisiatif mempromosikan semula pakej minat khas aktiviti korban yang pernah popular sebelum ini terutama di daerah Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Pakej itu ditawarkan di Cattle Queen Park di Kluang, Johor yang merupakan Taman Ruminan pertama di Malaysia yang memiliki pusat penyembelihan diiktiraf Pejabat Perkhidmatan Veterinar.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, 120 ekor lembu dan 30 ekor kambing telah dikorbankan dalam program ini.

Seramai 90 peserta dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura mengambil peluang bersempena Hari Raya Aidiladha untuk menyempurnakan ibadah korban.

"Di samping itu kita juga mempromosikan produk-produk pelancongan di sekitar Cattle Queen. Seperti yang kita tahu Kluang ini memang terkenal dengan kopi Kluang.

"Dan sini juga ada inap desa. Anda dapat merasai komuniti masyarakat Jawa. Dan juga Gunung Berlumut yang boleh diterokai pendaki-pendaki minat khas mendaki," kata Iskandar Mirza selepas melakukan lawatan kerja melapah, memotong, menimbang dan membungkus daging korban di sini.

Beliau juga berkata pakej minat khas korban menarik lagi pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan melakukan ibadah korban di Kluang, sekali gus membantu pemain industri pelancongan di Johor.

(Iskandar Mirza bekata pakej minat khas aktiviti korban ditawarkan semula)

Media Baharu