fb fb fb fb fb

Tiada halangan peniaga barang lusuh perbaharui lesen - Exco Perak

IPOH, 2 Julai- Tiada halangan dikenakan kepada peniaga barang lusuh sedia ada di Perak, untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan berkata kebenaran itu telah diberikan selepas perbincangan mengenainya diadakan bersama beberapa pihak.

"Ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan kerajaan juga, kitar semula, kerajaan kata kitar semula, barang-barang terpakai, mereka akan pergi kutip, kalau tidak ada mereka akan buang semata-mata.

"Ada keluarga hidup melalui perniagaan ini, jadi kerajaan harus membenarkan mereka baru atau lama, untuk menjalankan perniagaan.

"Kalau mereka menjalankan perniagaan melanggari undang-undang maka pihak polis boleh tangkap mereka dan tuduh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program derma darah dan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-7, Persatuan Peniaga Barang Terpakai, di sini hari ini.

Seramai 280 peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menjalankan perniagaan tersebut di Perak.

Dalam pada itu, A. Sivanesan memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Sumber Manusia dan Menteri Dalam Negeri untuk mempercepat proses pengambilan pekerja asing bagi sektor tersebut.

Media Baharu