PETALING JAYA, 11 Mac- Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena Perlawanan Golf anjuran Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).
Keberangkatan tiba baginda berdua pada pukul 8.00 malam tadi disambut Pengerusi CIIM, Datuk Umang Sharma dan Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, B. N. Reddy.
Program dianjurkan Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia dengan kerjasama CIIM itu juga bertujuan untuk memperingati Ulangtahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-India.
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut
Pengerusi CIIM, Datuk Umang Sharma dan Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia,
B. N. Reddy
Selain itu, majlis tersebut diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-15 penubuhan CIIM.
Pada majlis tersebut, Al- Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang perlawanan Golf CIIM.