fb fb fb fb fb

Pemandu Lori maut tersepit dihempap kontena

BUTTERWORTH, 11 Mac- Seorang pemandu lori terminal (prime mover), maut selepas tersepit dalam kabin pemandu kenderaan itu yang dihempap kontena, di terminal kontena di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.13 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun yang juga warga tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kepala mangsa tersepit dalam kabin pemandu.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang bekerja.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah pemandu lori terminal sebuah syarikat pembekal jentera berkenaan di terminal terbabit.

(Foto ihsan pembaca)

"Mangsa dikatakan membuat pusingan U ketika dalam perjalanan menghantar kontena ke kapal," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Hairozie berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis larangan bagi aktiviti kerja pengendalian lori terminal dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Media Baharu