fb fb fb fb fb

Agong ke-16 perkenan 9 akta pada sidang Parlimen lalu

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Sembilan akta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua yang lalu.

Ini termasuklah, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

"Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu seperti berikut.

"Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pindaan 2023, Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pindaan 2023, Akta Perbekalan 2024, Akta Kewangan No. 2 2023, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Akta Kesatuan Sekerja pindaan 2023, Akta Syarikat pindaan 2023, Akta Keselamatan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Akta Makanan pindaan 2023", katanya.

Kesemua akta tersebut turut diluluskan tanpa pindaan di peringkat Dewan Negara.

Manakala, tiga rang undang-undang (RUU) ditangguhkan dalam persidangan Dewan Negara yang lalu, merangkumi RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, RUU Bekalan Elektrik Pindaan 2023 dan RUU Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pindaan 2023.

ROSLINA BINTI DIN