Agong dipersembah Laporan Ketua Audit Negara 2/2026

Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 8 September- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima sembah menghadap Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembentangan LKAN 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025.
  • Laporan diteliti selaras keprihatinan terhadap tadbir urus dan pengurusan kewangan negara.
  • LKAN 2/2026 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan turut dipersembahkan.
  • LKAN 2/2026 turut merangkumi Penyata Kewangan, Aktiviti dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi menghadap itu bagi mempersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025.

“Sultan Ibrahim berkenan meneliti laporan-laporan yang dipersembahkan oleh Ketua Audit Negara, selaras dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan negara,” menurut hantaran itu.

Turut dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda ialah LKAN 2/2026 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, LKAN 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri turut dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.