fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung hampir dua jam di Istana Bukit Tunku.

Pada pertemuan tersebut, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa.

ROSLINA BINTI DIN