JOHOR BAHRU, 16 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Mahmoodiah, di sini.
Dalam satu hantaran facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berangkat tiba kira-kira pukul 1.10 tengah hari dan menunaikan solat bersama-sama lebih 200 orang jemaah.
"Solat Jumaat itu dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor Makhadzir Abdan.
"Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamed serta Kadi Besar Negeri Johor Halid Sono," kata hantaran itu.
Selesai solat, Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.