fb fb fb fb fb

Agong berkenan sempurna majlis pecah tanah tapak surau IPD Cameron Highlands

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan
melakukan gimik Pecah Tanah Tapak Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron
Highlands di Brinchang/BERNAMA)

CAMERON HIGHLANDS, 4 Mac- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di Brinchang, di sini.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Md Nor dan Pengarah Eksekutif LBS Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing.

Surau yang bakal menjadi mercu tanda baharu Cameron Highlands itu akan dibina di atas tanah seluas seekar dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2024.

Berkeluasan 6 ,016 kaki persegi, surau itu mampu memuatkan 200 jemaah pada satu-satu masa.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong
 Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat model surau yang akan dibina
ketika Majlis Pecah Tanah Tapak Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di Brinchang/BERNAMA)

Pembinaannya melibatkan kos hampir RM5 juta hasil sumbangan LBS Bina Group Berhad.

Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik audio, bilik imam, tandas, kolah wuduk, bilik mesyuarat, bilik jenazah, ruang makan dan parkir.


Media Baharu