LABUAN, 8 April- Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan secara pandu lalu kepada masyarakat bersempena Nuzul al-Quran.
Program Sinergi LABUANfm itu diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Jamek Layang-Layangan.
Program yang bertemakan “Berkat Ramadan” mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Masjid Jamek Layang-Layangan, Kelab Belia KEBAL, serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS-KAL.
Penerbit Rancangan, Mohd Rendy Ricky berkata, program itu diadakan bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan bergotong-royong memasak bubur lambuk.
l
"Mengingatkan kembali nostalgia bubur lambuk ini… kalau biasa sinonimnya bulan puasa ini memang bubur lambuklah menjadi salah satu juadah yang akan kita berikan ataupun kita kongsikanlah," katanya.
"Alhamdulillah program ini amat baiklah. Program ini adalah program tahunan Kelab Belia Anak Layangan juga dan alhamdulillah pada tahun ini berkolaborasi dan insya-Allah akan diteruskan pada masa akan datang," kata Pengerusi Kelab Belia Anak Layangan, Ahmad Nazri Jamal.
Dalam pada itu, aktiviti memasak bubur lambuk telah bermula seawal 8.30 pagi tadi dan diagihkan mulai 2.00 petang.
Selain itu, turut disampaikan bantuan kit makanan yang disumbangkan oleh UMS-KAL kepada 10 asnaf di kampung berkenaan.
"Untuk program kali ini kami telah mencapai objektif yang telah kami tetapkan iaitu untuk berusaha membantu pihak-pihak yang.. penduduk asnaf di sekitar Labuan, kata Naib Presiden MPP UMSK-KAL. Timetio Fernandez Anak Luat.
"Saya ucapkan terima kasihlah kepada semua yang sudi datang ke rumah saya inilah. Jadi dengan sumbangan ini dapatlah jua meringankan beban.. mana menyambut Aidilfitri ni lah alhamdulillah," kata Penerima Bantuan, Zakaria Alui.
(Agihan bubur lambuk pandu lalu LABUANfm)