fb fb fb fb fb

ADUN Kota terlibat kemalangan tiga kenderaan

(Foto FB N28 ADUN KOTA)

SEREMBAN, 25 Disember- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 27, Jalan Seremban-Tampin di Rembau, dekat sini, semalam.

Menerusi perkongsian laman Facebook 'N28 ADUN KOTA' memaklumkan, Awaludin dan semua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden pada pukul 3.00 petang.

"Awaludin telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Restoran B40, Rembau.

"Alhamdulillah beliau dan semua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kenderaan yang rosak," menurut perkongsian itu.

Menurut perkongsian tersebut, ketika kejadian, kenderaan Awaludin berada di hadapan sekali sebelum dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.

"Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan yang mana kereta Awaludin berada di hadapan sekali telah dilanggar dari belakang oleh kereta Honda dan belakang sekali adalah lori.

"Semoga semua yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah SWT ini," menurut perkongsian itu.

 (Foto FB N28 ADUN KOTA)

Media Baharu