fb fb fb fb fb

Tragedi Batang Kali: Sumbangan RM10,000 akan disampaikan kepada keluarga mangsa dengan segera

MACHAP BARU, 25 Disember- Sumbangan RM10,000 daripada kerajaan untuk keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor akan disampaikan dengan segera.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berharap, sumbangan yang diberi secara tunai itu dapat meringankan beban keluarga mangsa.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

"Walaupun ini adalah ujian yang besar bagi mereka, tetapi kita harapkan sedikit sumbangan daripada Perdana Menteri dan juga kerajaan dapat meringkankan beban terutamanya kesedihan mereka yang terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Yang keduanya, Perdana Menteri juga menyampaikan rasa terima kasih yang begitu mendalam kepada seluruh pasukan mencari dan menyelamat yang telah bertungkus-lumus dalam operasi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

(Datuk Seri Shamsul Iskandar bersama salah seorang keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali)

Datuk Seri Shamsul mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh.

Ia melibatkan keluarga mendiang pasangan Lai See Tin dan Lai Chee Sam yang terkorban bersama dua anak mereka serta keluarga mendiang pasangan Tai Chan Lin dan Yu Siew Pay yang turut maut bersama dua anak mereka.

Media Baharu