fb fb fb fb fb

Op Terjah: 1,220 premis kekurangan bekalan barangan keperluan asas

KUANTAN, 25 Disember- Sebanyak 1,220 daripada 4,732 premis di seluruh negara dikesan mempunyai masalah kekurangan bekalan barangan keperluan asas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pemeriksan menerusi Op Terjah itu mendapati, telur ayam, gula, minyak masak paket dan tepung gandum antara bekalan keperluan yang didapati berkurangan.

Sehubungan itu, usaha segera telah dilaksana untuk memulihkan bekalan berkenaan.

“Beberapa faktor dilihat menjadi punca bekalan ini berkurangan antaranya isu pengangkutan, jadual bekalan dan ada juga ketika mereka habis bekalan orang dah buat aduan sebelum mereka sempat isi semula bekalan,” katanya kepada pemberita selepas memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya, di sini.

(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pada sidang media selepas memantau
pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di sebuah pasar raya, di sini)

Turut hadir, Pengarah KPDN Pahang, Datuk Mark Ujin dan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang.

Op Terjah yang mula dilaksana pada 16 Disember lepas bertujuan mengenal pasti masalah bekalan dan harga barangan asas selain zon atau kawasan yang terjejas dengan bekalan.

Media Baharu