fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Mahasiswa diberi kelonggaran daftar lewat ke universiti

Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir

JOHOR BAHRU, 20 September- Mahasiswa baharu yang akan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N29 Mahkota, diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam sehingga 29 September ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan Hari Pengundian yang bakal berlangsung pada 28 September.

Keputusan dibuat bagi menghormati hak mengundi seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Ketetapan itu merupakan hasil perbincangan Kementerian Pendidikan Tinggi bersama 12 universiti awam bagi memudahkan mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab mereka.

Justeru, pelajar baharu boleh berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing dan memaklumkan tentang status sebagai pengundi bagi PRK Dewan Negeri N29 Mahkota.

ROSLINA BINTI DIN