fb fb fb fb fb

Sijil halal BABA'S masih sah sejak 28 tahun lalu

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 September - Syarikat produk rempah ratus, BABA'S telah memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), sejak 28 tahun lalu.

Pengurus Halal Ehwal Islam BABA'S, NurShalina Razali menegaskan sijil berkenaan masih sah sehingga kini.

"Bagaimanapun, syarikat kami terus dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjamin kualiti pengeluaran rempah.

"Selain JAKIM, kami juga memiliki pensijilan halal luar negara daripada Indonesia termasuk sijil kualiti dan sijil vegetarian," katanya.

Beliau mengulas serbuan KPDN baru-baru ini terhadap sebuah kilang memproses rempah ratus di Pulau Pinang yang didapati beroperasi menggunakan sijil halal tamat tempoh, sejak lapan tahun lalu.

Tegasnya, spekulasi orang ramai bahawa kilang itu didakwa dimiliki oleh syarikat BABA'S adalah tidak benar.

"Maklumat yang disebarkan adalah palsu. Kilang, syarikat, jenama dan produk terbabit tidak ada kaitan dengan syarikat, jenama dan produk BABA'S.

"Kami gesa orang ramai tidak mempercayai sebarang spekulasi yang tersebar dan membuat semakan terlebih dahulu melalui JAKIM atau BABA'S sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee