
JASIN, 8 April – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menolak peletakan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
- Dr Akmal mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman.
- Ab Rauf menolak permohonan itu supaya Dr Akmal dapat meneruskan tugas.
- Kenyataan dibuat selepas lawatan ke Projek Loji Rawatan Air Jus Fasa Dua.
- Pengumuman peletakan jawatan Dr Akmal dibuat pada Januari di Perhimpunan Agung UMNO 2025.
Menurut beliau, Dr Akmal telah mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman sebelum ini, namun keputusan telah dibuat untuk menolak permohonan tersebut.
“Dr Akmal telah mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman. Namun, saya membuat keputusan menolak peletakan jawatan tersebut supaya beliau dapat meneruskan tugas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Jus Fasa Dua di sini.
Terdahulu, pada Januari lalu, Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Melaka ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Datuk Seri Ab Rauf sebelum ini memaklumkan akan mempertimbangkan perkara berkenaan sebelum membuat keputusan.