fb fb fb fb fb

AADK Perlis giat gerakkan kempen basmi salah guna dadah kepada masyarakat

CHUPING, 10 Januari - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perlis Utara menggerakkan kempen bagi menyampaikan maklumat dan risalah mengenai penyalahgunaan dadah.

Kempen bergerak ini turut melibatkan Unit Pencegahan dan Unit Penguatkuasaan ke kawasan Felda Chuping dan Taman Rekreasi Bukit Jernih.

Menurut Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad, kempen mesej bergerak kerap dilakukan bagi meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap najis dadah.

"Selain kita menggerakkan kempen pendedahan basmi dadah dalam kalangan komuniti, kita juga secara tidak langsung dapat memantau keadaan setempat bagi mengurangkan masalah pelencongan sosial", katanya kepada media.

Katanya lagi, melalui program pencegahan itu, komuniti setempat boleh mendapat maklumat terkini berkaitan penyalahgunaan dadah sekali gus bersama-sama Agensi Antidadah Kebangsaan dalam merealisasikan misi dadah terkawal 2025.

 

Media Baharu