fb fb fb fb fb

AADK Melaka kenal pasti kawasan pesisir pantai yang dicemari aktiviti penagihan dadah

AYER KEROH, 12 Mac- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka mengenal pasti kawasan pesisir pantai antara kawasan berisiko tinggi (KBT) paling tinggi direkodkan terlibat dengan penagihan dadah.

Menurut pengarahnya, Wan Madihi Wan Salleh, daripada 10 KBT yang dikenalpasti empat daripadanya merupakan kawasan persisir pantai.

Ia membabitkan kawasan Tanjung Kling, Pernu, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.

”Kawasan berisiko ini, kita dapat daripada pelbagai agensi bukannya AADK sahaja, daripada pihak polis dan agensi lain. Kita sekalikan jumlah tersebut dan kita dapat kenal pasti kawasan itu itulah," kata Wan Madihi kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2022 di MITC, di sini.


(Pengarah AADK Melaka, Wan Madihi Wan Salleh pada Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2022 di MITC Ayer Keroh)

Dalam pada itu, pihaknya turut menyasarkan penurunan sebanyak 30 peratus jumlah penyalahguna serta penagih dadah menjelang 2025.

Media Baharu