PONTIAN, 14 Oktober - Sebanyak 99 buah rumah baharu telah dibina di seluruh negara menerusi inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2021.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perumahan veteran ATM itu melibatkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta.
Ahamd berkata kerajaan turut membelanjakan lebih RM8 juta bagi membaik pulih 554 unit rumah yang sedia ada.
"Inisiatif bina dan baik pulih rumah veteran ATM akan diteruskan dalam usaha membantu veteran ATM berpendapatan rendah dan kurang kemampuan dengaN menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa.
"Tentunya melalui Belanjawan 2024 yang diumumkan semalam mengenai elaun khas RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya.
Kerajaan memperuntukkan RM19.7 bilion untuk Mindef dalam Belanjawan 2024 berbanding RM17.74 bilion tahun lepas, peningkatan kira-kira 11.21 peratus.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM400 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera serta RM20 juta untuk untuk menaik taraf sistem pembetungan kem TDM secara berfasa.
Bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada 216,758 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.
ARTIKEL BERKAITAN:
Baik pulih rumah anggota ATM, selenggara bangunan uzur akan dilaksana - MINDEF
Belanjawan MADANI Kedua peruntuk RM393.8 bilion - PM
MINDEF wujudkan poliklinik kesihatan khas untuk veteran ATM
MINDEF sasar 200 veteran ATM terima geran SPKLB