fb fb fb fb fb

Selangor sambut baik penyambungan semula bina lima stesen LRT3

(FOTO FAIL)

KUALA LANGAT, 14 Oktober - Peyambungan semula projek pembinaan lima stesen LRT3 di Selangor mampu menambah baik keterhubungan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri  itu. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya juga kini sedang melakukan kajian bagi menghubungkan perkhidmatan itu hingga ke Kuala Selangor.

(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)

"Kerajaan Negeri baru memulakan kajian untuk menyambung sehingga ke Kuala Selangor dan saya harap kita akan dapat plan yang lebih baik ataupun dapat jajaran yang lebih konkrit untuk kita memyempurnakan tekad kita salah satunya menyediakan jajaran dari utara Selangor sampailah ke Klang yang sekarang telah terhubung dengan jajaran kereta api dan jaringan kereta api," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikam Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor, di IJM Rimbayu, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat  berkata kerajaan bersetuju meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.

Media Baharu