fb fb fb fb fb

Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Zahid

(FOTO FAIL)

GUA MUSANG, 14 Oktober - Semua pihak diminta untuk tidak terus mempolitikkan Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun berbeza pandangan politik namun dalam soal ekonomi serta imej negara semua pihak harus bersatu.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

"Jangan dilihat Belanjawan ini sebagai Belanjawan yang hanya dilihat dalam konteks keperluan semasa sahaja tapi juga harus dilihat untuk jangka pendek dan jangka sederhana.

"Kita mempunyai rancangan tiap-tiap lima tahun dan ini harus dilihat begitu. Biarlah kita berbeza politik tapi dalam soal ekonomi, soal imej negara kita hendaklah tidak mempolitikkannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan di Taman Etnobotani, di sini.

Tambah Ahmad Zahid, semua perkara yang dibentang menerusi Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan itu telah dicerakinkan dengan cukup komprehensif.

Media Baharu